Tuaran akan menjadi tuan rumah bagi pelancaran sambutan Pesta Kaamatan tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Utama, Datuk Seri Jeffrey Kitingan.<br /><br />Menurut Timbalan Ketua Menteri Sabah itu, perkara itu diputuskan semasa mesyuarat pertama jawatankuasa hari ini yang menyaksikan dua lagi daerah iaitu Ranau dan Sandakan disenarai pendek sebagai lokasi acara.